Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelarasan gaji penjawat awam akan turut mengambil kira paras garis kemiskinan dan kos sara hidup semasa. Foto fail, Bernama.

Dewan Negara: Gaji baharu penjawat awam sesuai dengan kos sara hidup semasa

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 30 Julai: Pelarasan gaji penjawat awam termasuk gred rendah yang akan diumumkan kerajaan pada bulan depan akan turut mengambil kira paras garis kemiskinan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkara itu sudah ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Jelas beliau, kenaikan gaji itu juga sesuai dengan bebanan tugas penjawat awam serta mengambil kira kos sara hidup semasa.

“Kita bersabar sedikit masa lagi, saya difahamkan quantum kenaikan terutama kakitangan awam gred rendah turut ambil kira paras garis kemiskinan, ” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Prof Tan Sri Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang ingin tahu tindakan kerajaan supaya pelarasan gaji kaki tangan awam disesuaikan dengan kadar inflasi semasa bagi memastikan kuasa beli mereka tidak terjejas.

Berhubung perkara itu Dr Zaliha menjelaskan, berdasarkan jawapan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semalam, inflasi di Malaysia kini menyerderhana yang dinilai berdasarkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang lebih perlahan dan stabil.

“Inflasi separa masa 2024 ialah pada kadar 1.84 peratus berbaning 2.5 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya,” katanya.

Berkenaan status terkini kajian pelarasan gaji, beliau memaklumkan kerajaan sudah memuktamadkan perkara itu dan pengumuman akan turut merangkumi pencen yang diterima oleh pesara.

“(Ini akan) diselaraskan mengikut Seksyen 3 Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238) yang memperuntukan elaun persaraan seseorang pegawai boleh diselaraskan sekiranya terdapat semakan gaji kepada pegawai awam yang sedang berkhidmat.

“Beberapa pengumuman penting hasil kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) djangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 pada Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan