Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zuckerberg meramalkan kemunculan trend harian pelbagai jenis cermin mata pintar yang menawarkan tahap teknologi yang berbeza dengan pelbagai julat harga. Foto hiasan Envato

Cermin mata AI gajet harian masa depan

AS, Julai 30: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg, telah berkongsi visinya mengenai masa depannya yang berasaskan kecerdasan buatan (AI), khususnya cermin mata pintar.

Zuckerberg meramalkan kemunculan trend harian pelbagai jenis cermin mata pintar yang menawarkan tahap teknologi yang berbeza dengan pelbagai julat harga.

“Hampir semua orang yang memakai cermin mata hari ini akhirnya akan dinaik taraf kepada cermin mata pintar, menjadikan lebih daripada satu bilion orang di seluruh dunia. Ini merupakan perubahan besar.

“Set kepala VR (realiti maya) dan MR (realiti campuran) pula, saya percaya ada yang berminat untuk menggunakannya bagi permainan atau kegunaan lain, manakala ada juga yang belum tertarik.

“Pada pandangan saya, kedua-duanya akan wujud dalam dunia kita. Cermin mata pintar mungkin akan menjadi sejenis telefon bimbit, berfungsi sebagai versi platform pengkomputeran seterusnya yang sentiasa aktif.

“Sebaliknya, set kepala realiti campuran akan lebih mirip kepada stesen kerja atau konsol permainan, digunakan untuk sesi yang lebih mendalam apabila kita memerlukan akses kepada pengiraan yang lebih intensif,” kata beliau.

Perjalanan Meta ke dalam cermin mata pintar bermula pada tahun 2021 dengan kerjasama jenama Ray-Ban.

Awal tahun ini, Meta telah mengemas kini teknologi AI mereka untuk meningkatkan fungsi pemakai.

Kini, cermin mata pintar Meta dilengkapi dengan sensor kamera untuk foto dan video, penstriman langsung di Instagram, panggilan video di Whatsapp, dan mikrofon serta pembesar suara terbina untuk berinteraksi dengan Meta AI, berfungsi seperti pembantu maya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan