Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Program Penutupan Bulan Kebersihan MPP di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Amalkan gaya hidup sihat, komuniti aktif peka kebersihan

KUCHING, 30 Julai: Masyarakat diseru agar mempraktikkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dengan melibatkan diri dengan aktiviti bersama komuniti setempat, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau mengakui terdapat pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersifat peka terhadap isu kebersihan, kesihatan dan keselamatan dianjurkan justeru itu amalan baik terbabit tidak seharusnya hanya aktif semasa Program Bulan Kebersihan sahaja.

Penglibatan masyarakat menurut Dr Sim merupakan kunci kepada kejayaan dalam melaksanakan pelbagai program termasuk program bulan kebersihan di Sarawak.

“Namun begitu, saya ingin mengingatkan kepada semua bahawa kebersihan dan keselamatan sesebuah bandar tidak seharusnya diamalkan pada bulan kebersihan atau Bulan Kebersihan sahaja tetapi harus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita untuk mencapai status bandar yang bersih, sihat dan selamat.

“Usaha dan komitmen bersama kami adalah kunci kejayaan dalam memastikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan komuniti kita. Saya berharap Inisiatif ini akan terus menjadi budaya yang diamalkan oleh setiap individu dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee semasa berucap di Program Penutupan Bulan Kebersihan MPP di Kuching pada Selasa.

Tambahnya, kebersihan, kesihatan dan keselamatan sesebuah bandar adalah tanggungjawab bersama untuk dijaga agar keindahannya dapat terus dinikmati bersama sehingga generasi yang akan datang.

Ujarnya, generasi semasa perlu menunjukkan satu teladan yang baik kepada anak-anak muda serta mendidik mereka seperti mengamalkan kebersihan diri, kitar semula dan tidak membuang sampah serta mengajak mereka yang kurang arif ke kempen-kempen kesedaran sepanjang tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan