Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh. Foto hiasan Envato

2 kanak-kanak maut, sembilan cedera diserang di UK

ByBernama

LONDON, 30 Julai: Dua kanak-kanak terkorban manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjatakan pisau di Southport, Merseyside, barat laut England pada Isnin.

Ketua Konstabel Serena Kennedy berkata, enam mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 11.50 pagi (1050 GMT) di sebuah hartanah di Hart Street, kata Polis Merseyside dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit sedang mengikuti kelas di “Taylor Swift Yoga and Dance Workshop” sebelum ditikam.

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Banks di Lancashire ditangkap kerana disyaki membunuh dan cubaan membunuh.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan dan tidak dianggap berkaitan keganasan pada masa ini, menurut polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan