Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada penerima di Kuching pada Selasa. Foto TVS

186 pesara polis Sarawak terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

KUCHING, 30 Julai: Seramai 186 pesara polis mendapat Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Siri Tiga Tahun 2024, hari ini.

Penganugerahan berkenaan telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata dalam satu majlis istiadat di Dewan Pahlawan, Ibu Pejabat Briged PGA Batu Kawa pada Selasa.

Penganugerahan PJPN Siri Tiga 2024 ini merupakan penghargaan khas kepada pesara warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara ketika darurat serta era insurgensi komunis antara tahun 1948 hingga 1990.

Penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri Tiga 2024 Kontinjen Sarawak yang mendedikasikan keringat dan nyawa mereka semasa zaman konfrontasi dan insurgensi sekitar tahun 1948 hingga 1990. Foto TVS

Terdahulu, penganugerahan pingat istiadat Siri Satu dan Siri Dua 2024 diadakan pada Mac lalu, menyaksikan seramai 374 penerima.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Ibrahim Darus. – TVS

Tags: PGA, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan