Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee semasa Program Penutupan Bulan Kebersihan MPP di Kuching pada Selasa. Foto TVS

14 tan barangan kitar semula, ‘e-waste’ terkumpul di Padawan pada Julai 2024

KUCHING, 30 Julai: Sebanyak 14 tan barangan kitar semula dan ‘e-waste’, berjaya dikumpul sepanjang Program Kitar Semula Bulan Kebersihan Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Pengerusinya, Tan Kai berkata, seramai 300 orang peserta telah menyertai program tersebut dengan mengitar semula barangan dan ‘e-waste’ yang ada di kawasan MPP.

“Program Kelestarian Alam Sekitar di Kawasan Kampung Beradek juga telah menarik seramai 100 orang penduduk kampung untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk pembuatan sabun dari minyak terpakai, program kitar semula, ceramah menjaga kebersihan sungai, dan sebagainya pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Penutupan Bulan Kebersihan MPP di Kuching pada Selasa.

Tan Kai dalam perkembangan lain mendedahkan menerusi pelaksanaan program Mass Vaccination, Dog Licensing and Microchipping pada 20 Julai lalu di Dewan Bola Keranjang, SJK Chung Hua Batu Kawa pula telah berjaya memvaksinasi 367 ekor anjing, 165 ekor anjing pula telah dipasang mikro chip dan sebanyak 164 ekor anjing diluluskan permohonan lesen.

Justeru itu, Tan Kai berbangga dengan penduduk di kawasan Padawan yang telah memberi sokongan sejak awal tahun, terutamanya pada Bulan Kebersihan dengan menyertai aktiviti oleh MPP di sini.

Antara aktiviti sempena Program Penutupan Bulan Kebersihan MPP sepanjang bulan Julai ini seperti Joint Solid Waste Segregation Programme, Pertandingan Reka Cipta Arca Menggunakan Barangan Kitar Semula di Peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan No Plastic Days serta No to Styrofoam Food Container 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan