Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak terima pelaburan RM10.4 bilion separuh pertama 2024

KUCHING, 29 Julai: Sarawak mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan bernilai RM10.4 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata jumlah itu termasuk pelaburan langsung asing berjumlah RM5.7 bilion dan pelaburan langsung domestik bernilai RM4.7 bilion.

“Itulah jumlah yang kita capai di Sarawak bagi bulan Januari hingga Jun tahun ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Awang Tengah dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata kementeriannya akan mengumumkan prestasi pelaburan untuk enam bulan pertama di Malaysia selepas menerima data yang lengkap.

Menurutnya, berdasarkan data dari Januari hingga Mac 2024, Malaysia telah mencatat peningkatan nilai pelaburan 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan