Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri dengan Kerajaan Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak cadang Pelabuhan Senari, Miri sebagai zon pelabuhan bebas cukai

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 29 Julai: Pelabuhan Senari dan Pelabuhan Miri dicadangkan sebagai zon pelabuhan bebas cukai.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata cadangan yang diusulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) hari ini mendapat respon positif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana telah mendapat respon positif daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kerajaan Persekutuan,“ katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada dua pelabuhan ini terlebih dahulu walaupun terdapat keperluan untuk menjadikan pelabuhan lain di Sarawak contohnya Pelabuhan Bintulu dan Samalaju sebagai zon pelabuhan bebas cukai.

Cadangan menjadikan Pelabuhan Senari dan Miri sebagai zon pelabuhan bebas cukai antara tujuh agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat JBI yang dipengerusikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan