Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aidel Lariwoo mendengar taklimat ketika melakukan lawatan kerja Projek Trans Borneo Highway di Miri, hari ini.

Projek Lebuhraya Trans Borneo bermula Mac 2025

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Julai: Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) dijangka bermula pada Mac 2025, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo.

Menurutnya, cadangan projek ini telah diluluskan dan jumlah keseluruhan peruntukan bernilai RM2.3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kerja Raya.

“Sejak tahun 2023 pihak JKR telah bertungkus lumus menyediakan dokumentasi, perancangan awal sebelum projek ini dapat diluluskan, dimuktamadkan untuk pelaksanaan tender pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan kerja Projek Lebuhraya Trans Borneo di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, projek yang akan bermula pada tahun hadapan ini dijangka siap pada 2028.

Projek LTB dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu di Miri (Kuala Baram-Sungai Tujoh, 4.95km), Limbang (CIQ Tedungan-CIQ Padaruan, 57.3km) dan Lawas (Lawas Town-CIQ Merapok, 34.1km). – TVS

Tags: projek

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan