Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis merampas tiga pucuk pistol bersama sejumlah peluru di Sungai Bakap, Nibong Tebal, semalam. Foto hiasan Envato

Polis rampas tiga pucuk pistol termasuk disimpan di pejabat

ByTVS

NIBONG TEBAL, 29 Julai: Polis merampas tiga pucuk pistol bersama sejumlah peluru termasuk yang diletakkan di dalam sebuah pejabat selepas memberkas empat lelaki menerusi serbuan berasingan di sekitar Sungai Bakap di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya terlebih dahulu menahan seorang suspek berusia 27 tahun di Juru sebelum membawa kepada penahanan tiga lagi berusia antara 19 hingga 24 tahun yang disyaki terbabit dalam satu kes pergaduhan pada 13 Jun lalu.

Hasil pandu arah salah seorang suspek ke rumahnya di Sungai Bakap, polis menjumpai dua pucuk pistol angin jenama WE Tactical berwarna hitam dan perang bersama kelopak tanpa peluru.

“Turut dijumpai bersama adalah masing-masing satu kelopak jenama BBloader Made in China, botol tertera tulisan Green Gas dan bungkusan galas bebola plastik berwarna putih.

“Kemudian, hasil pandu arah suspek ke sebuah pejabat di Kampung Baru Valdor menemukan sepucuk pistol jenis Glock tertera tulisan Austria, peluru tertera tulisan WCC 17, tiga peluru S&B Auto 45 dan peluru PMC Auto 45,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah.

Kesemua mereka direman selama lima hari bermula 28 Julai sehingga 1 Ogos bagi siasatan lanjut.

Ujarnya, seorang daripada suspek disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960, manakala tiga lagi disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis memberkas tiga individu berusia 29 hingga 44 tahun iaitu seorang lelaki warga tempatan yang positif dadah bersama dua pembantu rumah warga asing selepas menyerbu sebuah rumah di Simpang Ampat di sini semalam.

“Pada operasi pukul 5 petang itu, polis merampas sejumlah dadah jenis Eramin 5, ketamin, ekstasi dan MDM bersama peralatan menghisap dadah.

“Turut dijumpai di dalam rumah adalah sepucuk pistol tiruan bersama sebotol bebola plastik dan sebilah buku lima berbentuk pisau,” katanya lagi.

Ketiga-tiga suspek direman seminggu sehingga 3 Ogos depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berjadual 1958. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan