Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad bola sepak wanita Sarawak menjalani latihan di Stadium Negeri di Kuching, baru-baru ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Pemain import perkuat skuad bola sepak wanita Sarawak, sasar ibu segala emas

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 29 Julai: Skuad bola sepak wanita Sarawak menyasarkan emas di pentas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berbekalkan kelebihan bermain di laman sendiri meskipun sedar berdepan dengan cabaran sengit lima negeri lain yang turut mengambil bahagian dalam acara pertama kali dipertandingkan di temasya itu.

Pengurus Pasukan Bola Sepak Wanita Sarawak, Francis Uling Majoi berkata, pasukan itu yang dibentuk pada awal tahun ini disifatkan sudah bersedia setelah melakukan persiapan rapi dari aspek taktikal dan teknikal.

Menurut beliau, perlawanan persahabatan bersama dua kelab bola sepak dari Thailand di Bangkok baru-baru ini telah memperlihatkan prestasi sebenar pasukan itu yang diyakini mampu membuat kejutan pada temasya yang akan berlangsung kurang 20 hari lagi.

“Misi kita tidak lain adalah untuk meraih emas, kita terapkan latihan bukan sekadar untuk raih pingat, tetapi kita lakukan lebih lagi iaitu secara ‘premium’ kerana kita yakin itu strategi terbaik untuk pastikan emas benar-benar berada dalam genggaman kita nanti,” katanya ketika ditemui TVS semasa sesi latihan pasukan di Stadium Negeri di sini, baru-baru ini.

Skuad bola sepak wanita Sarawak menjalani latihan di Stadium Negeri di sini, baru-baru ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sarawak, Suffian Ibrahim berkata, skuad kali ini turut mempertaruhkan pemain ‘import’ dari Sabah dan Selangor yang rata-ratanya mempunyai pengalaman bermain di pentas liga amatur negara.

Katanya, kehadiran mereka membantu memperkuatkan pasukan terutama di posisi kritikal seperti penjaga gol, pertahanan dan penyerang.

“Tempoh hari kita ke Thailand dengan di sana para pemain dapat banyak pendedahan yang boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan lagi tahap pemainan kita.

“Berdasarkan prestasi liga tempatan di semenanjung, pada penilaian saya pasukan yang sukar untuk diatasi adalah Sabah dan Selangor, tetapi kita akan cuba sehabis baik,” katanya.

Edisi kali ini Sarawak diundi di dalam Kumpulan A bersama Sabah dan Pahang manakala Kumpulan B pula adalah Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.

Acara bola sepak wanita akan dilangsungkan bermula 13 Ogos depan di Stadium Negeri dan Stadium D Petra Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan