Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Adam Yii Siew Sang melakukan tinjauan projek naik taraf Masjid Darul Hijrah, Piasau Utara dan Gelanggang Bola Keranjang Miri, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Pelaksanaan dua projek di DUN Pujut berjalan lancar

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Julai: Projek menaik taraf Masjid Darul Hijrah, Piasau Utara dijangka siap awal Oktober 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii Siew Sang berkata pelaksanaan projek bernilai RM300,000 menggunakan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjalan lancar.

“Kerja menaik taraf melibatkan ruang beranda sedia ada dan sebenarnya ada tiga beranda yang akan dibaiki.

“Kemudiannya menukar posisi dan membina baharu tandas dan bilik persalinan lelaki serta orang kelainan upaya (OKU) dan menaik taraf tandas dan bilik persalinan wanita. Yang terakhir adalah untuk pembinaan Mihraj di hadapan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Gelanggang Bola Keranjang Miri di sini, hari ini.

Satu lagi projek RTP, membaiki Gelanggang Bola Keranjang Miri yang menelan kos RM150,000, dijangka siap lebih awal.

Projek ini membabitkan penukaran bumbung dan menyediakan ruang penyimpanan barang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan