Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjur Olimpik pada Isnin membatalkan sesi latihan renang kedua bagi atlet triatlon di Sungai Seine kerana kualiti air kurang memuaskan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Foto AFP

Paris 2024: Penganjur Olimpik sekali lagi batal latihan triatlon di Sungai Seine

ByBernama

PARIS, 29 Julai: Penganjur Olimpik pada Isnin membatalkan sesi latihan renang kedua bagi atlet triatlon di Sungai Seine kerana kualiti air kurang memuaskan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sesi latihan renang pertama dibatalkan pada Ahad.

Kebimbangan telah meningkat selama berbulan-bulan bahawa rancangan untuk mengadakan acara renang triatlon dan renang air terbuka Paris 2024 di sungai bandar itu mendatangkan risiko kepada atlet akibat pencemaran Sungai Seine.

Hanya sesi latihan larian dan berbasikal yang akan berlangsung di laluan triatlon. Pertandingan sebenar akan diadakan pada Selasa bagi individu lelaki manakala individu wanita Rabu.

Renang air terbuka/maraton akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos.

Ujian air yang dijalankan pada Ahad tidak memberikan jaminan yang diperlukan oleh badan induk triatlon.

Penganjur Olimpik dan Triatlon Dunia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka “yakin” kualiti air akan kembali berada dalam had yang dibenarkan sebelum bermulanya pertandingan triatlon.

Kualiti air Sungai Seine telah bertambah baik dengan ketara sepanjang Julai dan cuaca cerah diramalkan dalam beberapa hari akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan