Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi ketika melakukan tinjauan kemajuan projek bekalan air dari Kota Samarahan ke Sebuyau dan Simunjan di Sadong Jaya pada Ahad.

Pakej 3D bekalan air di Bahagian Samarahan kini siap 94 peratus

BySaibi Gi

KUCHING, 29 Julai: Pakej 3D bekalan air dari Kota Samarahan ke Sebuyau dan Simunjan kini mencapai kira-kira 94 peratus tahap kemajuan pelaksanaan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata projek menelan kos RM54.9 juta itu melibatkan pembinaan dan penyiapan utama transmisi merentasi Jambatan Batang Sadong ke Simunjan/Sebuyau.

Ia turut merangkumi penggantian paip, penempatan semula dan sambungan di Sebangan dan Sebuyau serta kerja-kerja berkaitan di Bahagian Samarahan.

“Apabila siap sepenuhnya pada September 2024, projek ini akan memberi faedah membekal air terawat ke Simunjan dan seterusnya meningkatkan tekanan air ke kawasan Simunjan.

“Menaik taraf sistem agihan paip yang ada sekarang dalam kawasan Sebangan dan Sebuyau,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. Pada Ahad, beliau melakukan tinjauan kemajuan projek berkenaan.

Julaihi berkata, pakej kerja bekalan air lain yang sudah siap sepenuhnya di Bahagian Samarahan ialah pembinaan Stesen Pam Penggalak di Kampung Baru serta Tangki Aras Tinggi/ Pam Penggalak di Tambirat/ Tangki Aras Tinggi di Moyan Laut/ Semera/ Tangki Air dan Pam penggalak di Asajaya/ Tangki Aras Tinggi di Sadong Jaya.

Selain itu, projek siap di Bahagian itu turut merangkumi Saluran Paip dan Tangki Aras Tinggi di Sg Ladong, Saluran Paip di Sebangan dan Tangki Aras Tinggi, Pam Penggalak dan Tangki Aras Tinggi di Tebelu serta Tangki Aras Tinggi di Sebuyau.

Turut disenaraikan, kerja-kerja memperkuatkan struktur jambatan Batang Sadong yang mempengaruhi dan menentukan jadual kerja Pakej 3D terutama pemasangan paip bersaiz 600 milimeter sekarang serta kerja-kerja mengganti saluran paip di Sg Ladong/ Sebangan/ Tebelu/ Sebuyau.

“Projek air di Bahagian Samarahan ini adalah sebahagian dari pelan induk bekalan air Sarawak yang sedang dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Sarawak sendiri.

“Projek ini akan membentuk sebahagian dari sistem grid air Sarawak di zon selatan dan seterusnya di seluruh Sarawak secara keseluruhannya apabila semua projek air siap kelak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan