Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maduro dilantik sebagai Presiden Venezuela buat penggal ketiga berturut-turut sejak 2013. Foto AFP

Maduro menang pilihan raya presiden Venezuela – Suruhanjaya Pilihan Raya

ByBernama

CARACAS, 29 Julai: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 51.2 peratus undi selepas 80 peratus undian selesai diproses, menurut pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Venezuela, Elvis Amoroso pada Isnin, lapor Sputnik.

“Dengan 80 peratus keputusan diterima, keputusan awal menunjukkan trend yang kukuh dan tidak boleh diubah.

“Dengan kadar penyertaan sebanyak 59 peratus, hasilnya adalah seperti berikut: Nicolas Maduro dari Great Patriotic Pole menerima 5,150,092 undi (51.20 peratus), manakala calon Edmundo Gonzalez dari Unity Council menerima 4,445,978 undi (44.2 peratus),” kata Amoroso kepada wartawan dan pemerhati.

Maduro dilantik sebagai Presiden Venezuela buat penggal ketiga berturut-turut sejak 2013.

Upacara angkat sumpah akan berlangsung pada 10 Jan 2025, dengan tempoh jawatan selama enam tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan