Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng pada Kuching Half Marathon Heritage Run 2024 di pekarangan MBKS, Kuching pada Ahad. Foto TVS

Kuching Half Marathon Heritage Run 2024 cara kreatif perkenal produk pelancongan

KUCHING, 29 Julai: Penganjuran julung kali Kuching Half Marathon Heritage Run 2024 (KHMHR2024) menerima 3,500 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng menyifatkan acara ini merupakan pelancongan kreatif  memandangkan sambil menyertai larian para peserta didedahkan lokasi menarik sekitar bandar raya ini.

“Penganjuran kali pertama Kuching Half Marathon Heritage Run telah menarik penyertaan 13 negara luar dan penduduk tempatan.

“Tahniah kepada City Jogger Club yang menganjurkan maraton ini. Pelancongan datang dalam pelbagai bentuk dan ini adalah salah satu yang boleh dikatakan pelancongan kreatif,” katanya ketika ditemui selepas KHMHR 2024 di sini pada Ahad.

Tambahnya acara larian ini turut membawa kesedaran kepada masyarakat tentang konsep bandar raya sihat selain menjadi tempat dalam mengeratkan hubungan persahabatan antara semua peserta tanpa mengira latar belakang dan kaum.

Sokongan kementerian terlibat amat diharapkan untuk menyokong penganjuran acara ini.

KHMHR 2024 bermula 4 pagi dengan pelepasan peserta kategori lelaki dan perempuan bagi acara Half Marathon diikuti oleh pelepasan peserta kategori 10 kilometer dan lima kilometer sekitar 6 pagi.

Penganjuran acara ini menawarkan laluan larian khusus yang direka dengan teliti bagi menyerlahkan tempat-tempat ikonik dan seni bina menarik di bandar raya ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan