Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aiman Athirah Sabu pada Karnival Kemampanan Komuniti Bandar di Pusat Penjaja Taman Putera Perdana, Puchong pada Ahad. Foto TVS

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sasar lencong 40 peratus sisa pepejal

ByTVS

PUCHONG, 29 Julai: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyasarkan lencongan sebanyak 40 peratus sisa pepejal dari tapak pelupusan sampah menjelang tahun 2025.

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata usaha itu dilaksanakan menerusi program Karnival Kemampanan Komuniti Bandar.

Katanya, inisiatif itu adalah bagi mengurangkan penjanaan sisa secara signifikan melalui pencegahan, pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula.

“Kalau kita kata pergi 40 peratus, tentulah sisa yang diproses di tapak pelupusan berkurangan, sebab ia akan lebih banyak dijual dan diguna semula.

“Itu sekali gus akan membantu hayat pusat-pusat pelupusan sampah sebab akan berlaku pengurangan 40 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Karnival Kemampanan Komuniti Bandar, Karnival Komuniti MADANI di Pusat Penjaja Taman Putera Perdana di sini pada Ahad.

Menurutnya, kerajaan amat menggalakkan supaya rakyat bekerjasama supaya sasaran 40 peratus pengurangan sisa pepejal dapat dicapai.

Kadar kitar semula dianggarkan berjumlah 37.5 peratus tahun ini iaitu meningkat 2.5 peratus berbanding tahun lepas, jelasnya.

“Semua pihak diharap menggembleng tenaga dan usaha dalam memastikan matlamat kerajaan tercapai,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan