Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap kepada TVS selepas bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Parlimen hari ini. Foto, TVS.

Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Peringkat Sarawak jadi fasilitator permohonan – Fatimah

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan Peringkat Sarawak akan bertindak sebagai fasilitator bagi memastikan dokumentasi permohonan kewarganegaraan yang dihantar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) lengkap.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWKK) Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perkara itu antara yang diutarakan pada pertemuan beliau bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Pada mesyuarat berkenaan kata Fatimah pihaknya juga memohon supaya Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A peringkat Sarawak diberi kebenaran mengadakan mesyuarat bulanan bagi melihat permohonan kewarganegaraan di wilayah itu.

“Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa permohonan yang dimajukan lengkap, kita tidak mahu permohonan ditolak kerana masalah ini.

“Oleh itu, jawatankuasa ini akan menjadi fasilitator untuk memastikan segala dokumen seperti sijil perkahwinan, pengangkatan anak lengkap sebelum dihantar ke Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS di selepas bertemu Saifuddin Nasution di Parlimen di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalannya,Datuk Rosey Yunus.

Sementara itu, Fatimah turut memaklumkan kementeriannya juga memohon kepada KDN supaya KPWKK Sarawak mempunyai akses berhubung kelahiran hidup di Sarawak dalam portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ini jelas beliau bagi memudahkan proses penyaluran Endowment Fund Sarawak (EFS) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Seperti yang kita tahu, mereka yang layak ini mesti merupakan warganegara Malaysia dan salah seorang iaitu ibu atau bapa merupakan pemegang MyKad berstatus K yang perlu kita dapat pengesahan JPN,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan