Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

Jangan jadikan doa Qunut Nazilah alat politik – PM Anwar

ByBernama

IPOH, 29 Julai: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pihak pembangkang kerana menggunakan doa Qunut Nazilah sebagai alat politik.

Anwar berkata doa sepatutnya digunakan pada jalan yang betul untuk kebaikan dan bukan mendoakan keburukan kepada pihak lain.

“Doa ini bukan politik sebab itu mufti beri pandangan. Ini kata kita tak setuju doa…siapa kata kita tidak setuju doa? Hari-hari kita doa, lepas solat kita doa, tapi bukan doa melaknat orang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri MADANI di Taman Koperasi Perpaduan 2, Tambun di sini hari ini.

Pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, dilaporkan ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah selepas Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.

Doa itu diketuai Ahli Parlimen Jasin daripada PAS Zulkifli Ismail yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan