Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jokowi ketika meninjau kemajuan pembinaan Istana Negara di Ibu Kota Nusantara, Kalimantan Timur. Foto Biro Pers Istana Presiden

Hari pertama buat Jokowi di Nusantara

ByTVS

JAKARTA, 29 Julai: Selepas beberapa kali tertangguh, Presiden Indonesia Joko Widodo buat pertama kali bertugas di Istana Negara, Ibu Kota Nusantara (IKN), Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, hari ini.

Jokowi yang melawat IKN sejak semalam ditemani isteri Iriana Widodo dan beberapa pempengaruh meninjau kemajuan pembinaan khususnya Istana Negara pada fasa pertama ini.

Jokowi ketika meninjau kemajuan pembinaan Istana Negara di Ibu Kota Nusantara, Kalimantan Timur. Foto Biro Pers Istana Presiden

Menurut Jokowi, beliau akan mengisi hari pertamanya di IKN dengan pertemuan terhad dengan pihak berkuasa IKN, Gabenor dan pemimpin daerah setempat.

“Saya lihat pembinaan di Nusantara berjalan dengan baik, Istana Negara hampir siap dan hari ini saya mengadakan mesyuarat di pejabat presiden,” katanya.

Beliau berkata ketika ini beliau hanya akan melakukan kerja-kerja mudah di Nusantara sambil memastikan segala kemudahan dan pembinaan siap.

Pada masa sama, beliau turut memastikan ketersediaan bekalan air, elektrik dan rangkaian internet berjalan lancar.

Selain itu, beliau turut merasmikan lebuh raya dan jambatan bagi memastikan kepulauan ini mudah diakses dan dihubungkan dengan bandar-bandar sekitar.

Jokowi berkata pembinaan IKN berjalan lancar setakat ini sambil memaklumkan pekarangan Istana Negara sedia digunakan untuk upacara Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos ini.

Bagaimanapun, belum diputuskan berapa lama dia akan bertugas di Nusantara dan bercadang melihat keadaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan