Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persepsi harga diesel yang dikatakan naik ketika ini tidak benar, sebaliknya ia diapungkan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan bermula 10 Jun 2024, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Harga diesel di stesen minyak diapungkan, bukan dinaikkan

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Persepsi harga diesel yang dikatakan mengalami kenaikan ketika ini adalah tidak benar sebaliknya ia diapungkan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lepas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, sebelum ini harga diesel di stesen minyak di Semenanjung Malaysian diberikan subsidi pukal.

Ujar beliau, KPDN telah melakukan pemantauan harga barang sebelum penyasaran subsidi diumumkan untuk memastikan  tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.

“KPDN telah membuat pra operasi Ops Kesan 2.0 pada 2 Mei 2024 kerana apabila berlaku penyasaran subsidi, kita boleh bandingkan harga sama ada harga naik atau tidak.

“Setakat 28 Julai 2024, sebanyak 21, 038 premis telah diperiksa,” katanya dalam sesi soal jawab lisan pertanyaan di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu langkah-langkah KPDN bagi menangani inflasi dan kesan berganda kenaikan harga barang keperluan dan bahan binaan akibat kenaikan harga diesel tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM1.20.

Tambah Fuziah, ada tiga kategori di bawah Program BUDI MADANI yang menerima penyasaran subsidi di samping usaha KPDN mengawal harga barangan asas.

Pelaksanaan BUDI MADANI itu menurutnya merangkumi kategori Individu, Agri-Komoditi dan MySubsidi Diesel (SKDS 2.0).

Mengenai kenaikan harga bahan binaan simen dan bar bulat keluli, beliau memaklumkan empat syarikat dikenal pasti untuk hadirkan diri ke ibu pejabat KPDN untuk memberi penjelasan lanjut.

“Dua bahan binaan ini merupakan barang kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, maka pengilang atau pemborong perlu patuh kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Selain mengenal pasti empat syarikat terlibat dengan bahan binaan itu, ada tiga lagi syarikat yang telah diserahkan notis untuk hadir ke ibu pejabat KPDN untuk memberi justifikasi sekiranya betul atau tidak berlaku pencatutan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan