Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rafizi menjawabn pertanyaan berkaitan inisiatif dilaksanakan kerajaan untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Sumbangan Tunai Rahmah RM10 bilion tahun ini – Rafizi

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM10 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, pada masa pelbagai langkah jangka panjang dan pendek juga dilaksanakan oleh kerajaan untuk menangani kesan inflasi.

Tambah Rafizi kerajaan juga meningkatkan bekalan dan jaminan makanan menerusi pelbagai program pertanian di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) termasuk Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan 2024 dengan kos sebanyak RM400 juta.

“Selain itu, kita juga mengadakan Program Pemerkasaan Industri Akuakultur dengan kos sebanyak RM30 juta yang menyasarkan peningkatan pengeluaran akuakultur sehingga 630,000 tan metrik menjelang 2025.

“(Kerajaan juga melaksanakan) Dana Teknologi dan Automasi di Rantaian Nilai Agromakanan dengan kos sebanyak RM50 juta bertujuan membantu usahawan pertanian untuk perolehan peralatan dan perkhidmatan berteraskan automasi dan teknologi Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) bioteknologi dan teknologi hijau,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang meminta kementeriannya menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kadar inflasi dapat dikawal dan rakyat tidak terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pihaknya juga meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengelakkan aktiviti mengaut keuntungan secara berlebihan.

“Sebagai contoh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melaksanakan pra Ops Kesan bertujuan menyekat pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga berikutan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun 2024,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bagi tempoh separuh pertama 2024 kadar inflasi telah mencatatkan peningkatan dengan kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak 1.8 peratus dan kekal pada paras dua peratus dan ke bawah bagi tempoh dua belas bulan berturut-turut sejak Julai 2023. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan