Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak bersetuju supaya aset kewangan milik Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) akan dipindahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan sebaik selepas dua Rang Undang - Undang (RUU) dikuatkuasakan. Foto fail, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: Sarawak setuju bayar pampasan selepas pertukaran status Pelabuhan Bintulu

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Kerajaan Sarawak bersetuju aset kewangan milik Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) dipindahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan selepas pemansuhan dua Rang Undang – Undang (RUU) berkaitan dikuatkuasakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia merujuk kepada RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 dan RUU Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 yang dibawa ke Dewan Negara untuk bacaan kali kedua hari ini.

Jelas beliau Kerajaan Sarawak turut bersetuju untuk membayar sejumlah pampasan terhadap aset-aset Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Persekutuan.

“Jumlah pampasan tertakluk kepada rundingan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak yang seterusnya diangkat untuk pertimbang dan persetujuan Jemaah Menteri.

“Dalam hal ini, perbincangan, rundingan dan penelitian sentiasa dilaksanakan secara berkala melibatkan Kerajaan Persekutuan, LPB dan Kerajaan Sarawak bagi memastikan kepentingan dan hak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak terjaga,” katanya.

Dewan Negara: Pelabuhan Bintulu kendalikan lebih 40 juta tan kargo setahun

Hasbi berkata demikian ketika pembentangan RUU Pengisytiharan suatu Kawasan dalam daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 di Dewan Negara hari ini.

Beliau turut memaklumkan Kerajaan Persekutuan juga mengambil maklum mengenai keperluan untuk mewujudkan Lembaga Pelabuhan Labuan di bawah akta yang berasingan.

“Di bawah Jadual 1, Akta Lembaga Pelabuhan 1963 (Akta 488) memandangkan Akta 243 ini akan dibubarkan untuk membolehkan penukaran status Pelabuhan Bintulu dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu Hasbi memaklumkan Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan rundingan sewajarnya supaya kesemua penyandang lantikan tetap dan lantikan kontrak di LPB meneruskan khidmat cemerlang mereka.

“Rundingan bertujuan memastikan mereka menerima tawaran yang tidak kurang baiknya daripada apa yang sedang dinikmati di bawah pentadbiran LPB daripada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Jelas beliau, LPB telah diisytiharkan sebagai Badan Berkanun Diluar Saraan dan Dibebaskan pada 1 September 2023.

“Bilangan perjawatan LPB pada masa ini berdasarkan Sistem Saraan Lembaga Pelabuhan Bintulu 2024 adalah seramai 88 perjawatan dengan 82 pengisian termasuk 1 jawatan peminjaman. (Selain itu terdapat) sebanyak 45 perjawatan kontrak dengan 44 pengisian,” katanya.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah kemudian memaklumkan seramai lapan Ahli Dewan Negara terlibat dengan perbahasan pemansuhan RUU berkenaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan