Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Huang Tiong Sii menjawab pertanyaan berkaitan kualiti air sungai pada sidang Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: PETRA, NREB tingkatkan kerjasama tangani isu kualiti air

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Kerjasama pelbagai kementerian, jabatan dan kerajaan negeri penting dalam menangani isu kemerosostan kualiti air sungai di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, ketika ini Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JK-KAS) yang diterajui oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NREB) telah ditubuhkan untuk memantau isu dan langkah-langkah menangani pencemaran sungai.

Jelas beliau sebanyak 1,353 stesen pengawasan kualiti air sungai manual yang merangkumi 672 sungai di seluruh telah dipantau dengan kekerapan persampelan bagi setiap stesen dijalankan sebanyak enam kali setahun pada tahun lepas.

“Selain itu terdapat juga 30 stesen pengawasan kualiti air sungai automatik yang bertujuan untuk memantau kualiti air sungai di hulu takat pengambilan air di sungai-sungai utama yang menjadi sumber bekalan air,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang ingin tahu kadar pemantauan terhadap kualiti 672 sungai di seluruh negara dan intervensi kementerian dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai menerusi JKKAS yang ditubuhkan.

Mengulas lanjut Tiong Sii berkata, Bengkel Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan telah dilaksanakan pada 3 hingga 4 Julai 2024 dengan kehadiran pelbagai agensi Persekutuan dan negeri.

Bengkel berkenaan jelasnya bagi membincangkan serta memperhalusi tindakan yang perlu diambil bagi setiap agensi pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan bidang kuasa masing-masing dalam menangani isu pencemaran sungai di seluruh negara.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan jumlah sungai tercemar yang dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (NRES) menurun pada 2023 berbanding tahun 2022.

“25 sungai telah dikenal pasti daripada 672 sungai yang dipantau NRES menggunakan Indeks Kualiti Air (IKA) tercemar pada 2023 berbanding 29 sungai pada 2022.

“Ini merupakan satu indikator positif memandangkan bilangan sungai tercemar telah menurun,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan