Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: DUN Sarawak tidak pernah luluskan Pelabuhan Bintulu jadi Pelabuhan Persekutuan

ByRegina Lee

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pengisytiharan suatu Kawasan dalam daerah Bintulu menjadi suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 amat signifikan kepada rakyat Sarawak khususnya dalam pemilikan kembali pelabuhan itu.

Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom berkata, pada 1979 Parlimen telah meluluskan RUU berkenaan dengan membelakangkan Perkara 15 Senarai 2A Tambahan kepada Senarai Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau di bawah Perkara 76(1)(c), Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas Parlimen boleh membuat undang – undang mengenai perkara yang disebut satu persatu dalam senarai negeri tetapi hanya jika diminta oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tiada rekod ordinan atau akta yang diluluskan di DUN Sarawak yang meminta Parlimen meluluskan Akta Penyisytiharan Suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu menjadi satu Port Persekutuan.

“Saya buat kajian, memang tiada,” katanya pada perbahasan pemansuhan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Tambah Pele Peter akta yang diluluskan pada 1979 itu juga tidak konsisten dengan peruntukan Perkara 15 dan Perkara 76 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia.

Sementara itu beliau berkata, permansuhan berkenaan juga merupakan komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memahami dan mengambil berat dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan