Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China menyokong teguh pembangunan gerakan Olimpik antarabangsa di samping mengekalkan hubungan baik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam jangka masa panjang. Foto Bernama

China, IOC sedia tingkatkan kolaborasi, majukan gerakan Olimpik

ByBernama

PARIS, 29 Julai: China menyokong teguh pembangunan gerakan Olimpik antarabangsa di samping mengekalkan hubungan baik dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam jangka masa panjang.

Sebagai tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia tahun depan, China bersedia bekerjasama rapat dengan IOC untuk meningkatkan kerjasama bertaraf tinggi antara kedua-dua pihak.

Demikian dikatakan Naib Presiden China Han Zheng ketika bertemu dengan Presiden IOC Thomas Bach di sini pada Sabtu.

“Visi gerakan Olimpik adalah untuk memelihara keamanan dunia serta menggalakkan solidariti dan kemajuan umat manusia.

“Di bawah situasi antarabangsa hari ini, adalah lebih penting bagi kita untuk menyemarakkan semangat Olimpik dan Sukan Olimpik Paris ini mempunyai makna yang istimewa,” kata Han.

Bach berkata bahawa kepercayaan asas gerakan Olimpik antarabangsa adalah multilateralisme.

Beliau berkata China sentiasa menyokong gerakan Olimpik antarabangsa dan berjaya menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

“China telah memberikan teladan baik kepada negara-negara di dunia untuk menjayakan Sukan Olimpik.

“IOC bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan China untuk menganjurkan pelbagai pertandingan dan menyebarkan semangat Olimpik,” Kata Bach. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan