Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menyokong cadangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjadikan negeri ini sebagai hab aeroangkasa negara. Foto hiasan Envato

Cadangan jadikan Sarawak hab aeroangkasa negara

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 29 Julai: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bercadang untuk menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa Malaysia.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata cadangan itu susulan pengumuman kerajaan Sarawak untuk melahirkan bakat dalam industri aeroangkasa menerusi pengajian yang bakal ditawarkan di institut pengajian tinggi tempatan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Foto Nadim Bokhari (TVS)

“Industri aeroangkasa ialah salah satu daripada lima fokus dalam dasar pelaburan negara dan limpahan ekonomi bagi pembangunan hub tersebut kepada rakyat n sektor-sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita memang besar.

“Kalau kita lihat dari sudut geografi, Sarawak terletak berhampiran dengan Nusantara, Jepun dan Korea. Bukan sahaja di negara Asia malah Australia juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) bersama kerajaan Sarawak, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini dilaporkan berkata Sarawak akan membuka pusat latihan aeroangkasa sebagai persediaan untuk terbabit serius dalam industri penerbangan.

Tengku Zafrul berkata lagi, kesediaan Sarawak dari sudut tenaga hijau juga turut menyerlahkan potensi wilayah ini sebagai hab aeroangkasa.

Sementara itu, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang menghadiri mesyuarat itu, menyambut baik serta menyokong cadangan berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata cadangan tersebut pastinya akan memberi pulangan ekonomi yang besar kepada wilayah ini.

“Ini adalah sesuatu yang bagus. Banyak kelebihan yang akan Sarawak perolehi. Sekarang kita pun bercadang untuk membina lapangan terbang baharu,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan