Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Altimet, Fahimi, SAIXSE dan Zizi Kirana muncul dengan single 'Anak Malaysia'

‘Anak Malaysia’ memacu semangat jiwa merdeka, menyatukan rakyat Malaysia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Julai: Altimet dan artis-artis terkenal, Zizi Kirana, SAIXSE, dan Fahimi bergabung melancarkan sebuah lagu berjudul ‘Anak Malaysia’.

Lagu baharu ini dijangka memberikan semangat dan sokongan kepada kontinjen Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris selain membakar dan menyemarakkan semangat “Jiwa Merdeka” sempena Hari Kebangsaan kita.

‘Anak Malaysia’ adalah hasil kolaborasi hebat yang digubah dan ditulis oleh Iqie Hugh, Mage, Fahimi, SAIXSE dan Mambang.

“Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menggubah lirik nukilan Altimet adalah satu inovasi yang menarik dengan menggabungkan teknologi dan seni dalam produksi muzik moden.

“Hasil campuran genre dan gaya yang menarik menjadikan lagu ini benar-benar mencerminkan semangat perpaduan dan tekad, serta mempamerkan jiwa semangat kebanggaan rakyat Malaysia,” kata kenyataan mewakili para artis berkenaan.

Altimet berkata, lagu ini lebih daripada sekadar nyanyian. Ia adalah panggilan semangat untuk atlet kita dan seluruh rakyat Malaysia.

“Tidak kira di mana kita berada dan apa jua yang kita lakukan, kita akan sentiasa berbangga menjadi ‘Anak Malaysia’.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang bukan sahaja akan memberikan inspirasi kepada atlet kita tetapi juga bergema dan membangkitkan semangat ‘Jiwa Merdeka’ menjelang sambutan Hari Kebangsaan,” kata Mage, penerbit lagu tersebut.

SVLTAN Management dan Faithful Music, yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pengurusan artis dan produksi muzik telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk pengedaran lagu ini, menekankan komitmen mereka dalam menyokong bakat tempatan dan menyumbang kepada semangat kebangsaan.

“Kami berharap ‘Anak Malaysia’ akan menjadi sumber kekuatan untuk atlet kita ketika mereka bertanding di Paris, dan inspirasi untuk kita semua yang menyokong dari tanah air,” kata Zizi Kirana.

Lagu bertenaga simbol kebanggaan dan perpaduan negara ini bakal dilancarkan di semua platform penstriman digital utama mulai 26 Julai.

Video muzik akan dilancarkan pada hari yang sama pada jam 12 tengah hari di saluran YouTube Faithful Music (youtube.com/@faithfulmusicmy).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan