Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bendera Ibu Pertiwi yang megah berkibar di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching. Foto fail TVS

Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi setiap bulan, satu lagi tarikan pelancong di Kuching

KUCHING, 28 Julai: Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi yang berdekatan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diadakan pada minggu pertama pada setiap bulan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata para pelawat berpeluang untuk menyaksikan upacara tersebut yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Abang Johari menyempurnakan Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi

“Pihak DBKU akan mengelolakan upacara tersebut seperti perbarisan pasukan kawalan kehormatan dan pancaragam masuk padang kerana kalau di negara lain seperti di United Kingdom, mereka mempunyai upacara ‘Changing of the Guard’.

“Bagi kita di Kuching, upacara seperti ini merupakan satu upacara yang kita mahu tunjukkan kepada pengunjung kelak,” katanya pada sidang media sempena Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Abang Johari berkata lagi, upacara itu diharap dapat menyemai perasaan cinta terhadap Sarawak dalam kalangan generasi muda dan seterusnya menyumbang khidmat bakti untuk Sarawak.

Menurutnya, Dataran Ibu Pertiwi telah menyaksikan beberapa siri peristiwa bersejarah seperti era pemerintahan Brunei, pemerintahan Rajah Brooke, pemerintahan koloni dan pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Apabila mantan Gabenor Sarawak era Koloni Sarawak Anthony Abell dan Sir Alexander Waddel belayar pulang ke Britain, mereka melalui Sungai Sarawak dan dataran inilah rakyat Sarawak melihat keberangkatan pulang mereka.

“Lokasi ini sangat penting kerana Rajah Putih Sarawak kedua Sir Charles Brooke menempatkan Kubu Margherita yang dilihatnya sangat stratetgik yang berhadapan dengan Sungai Sarawak,” tambahnya.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu DBKU agar terus giat mempromosikan aktiviti pelancongan itu yang dilihatnya semakin banyak mendapat sambutan daripada penduduk tempatan serta pelancong.

Terdahulu, Abang Johari menyempurnakan upacara Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi setinggi 99 meter yang disusuli nyanyian lagu kebesaran Sarawak ‘Ibu Pertiwiku’ oleh pancaragam DBKU.

Bendera Ibu Pertiwi sepanjang 25 meter dan selebar 12.5 meter adalah antara mercu tanda utama Kuching merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara serta dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Pada 31 Disember tahun lalu, Bendera Ibu Pertiwi bersaiz gergasi ini berkibar buat pertama kalinya semasa Majlis Perasmian Monumen Tiang Bendera Ibu Pertiwi oleh Abang Johari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan