Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media sempena Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak tiada perancangan kembalikan Sarawak Rangers

KUCHING, 28 Julai: Kerajaan Sarawak tidak merancang untuk menubuh semula ‘Sarawak Rangers’ yang ditubuhkan semasa era pemerintahaan Rajah Brooke.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana benteng pertahanan negara khususnya di Sarawak adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertahanan.

“Sarawak sudah mempunyai Pasukan Khas Veteran serta Rejimen Askar Wataniah. Bermakna, tidak perlu kita kembalikan Sarawak Rangers.

“Bukan itu sahaja, kita juga sudah ada Sarawak Coast Guard yang satu-satunya ada di Malaysia untuk menjaga perairan Sarawak dan kita hanya membantu Kerajaan Persekutuan dalam kadar yang kita mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Menaikkan Bendera Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Abang Johari diminta mengulas mengenai beberapa pihak yang mengesyorkan agar Kerajaan Sarawak mengembalikan Sarawak Rangers.

Pasukan tentera yang ditubuhkan oleh Rajah Kedua Sarawak, Charles Anthony Johnson Brooke berfungsi sebagai pasukan pertahanan di kubu yang dibina di beberapa lokasi strategik untuk mempertahankan Kuching.

Tahun lalu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai mencadangkan untuk merekrut pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membentuk semula Sarawak Ranger.

Menurutnya, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan misi kawalan keselamatan bahkan menjaga keamanan di sempadan serta menghentikan aktiviti menyalahi undang-undang rentas sempadan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan