Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rusia dan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dan membangunkan kerjasama pelaburan, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad. Foto: Bernama

Rusia, Malaysia hasrat tingkatkan jumlah dagangan dua hala

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Rusia dan Malaysia berhasrat untuk meningkatkan jumlah dagangan dua hala dan membangunkan kerjasama pelaburan, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Ahad.

“Kami telah bercakap tentang keperluan untuk memberi tumpuan sekarang bagi meningkatkan dagangan dua hala, yang dalam beberapa tahun kebelakangan ini agak lemah… kami terus mengukuhkan rangka kerja undang-undang.

“Pada Mei, kami telah menandatangani perjanjian yang dikemas kini untuk mengelakkan cukai berganda. Ia akan berkuat kuasa tidak lama lagi dan sudah tentu, ia akan membantu perkembangan kerjasama pelaburan kami,” kata Lavrov dalam sidang media selepas lawatannya ke Malaysia, lapor Sputnik.

Lavrov berkata beberapa draf perjanjian antara kerajaan berada pada tahap kesediaan yang berbeza-beza, dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mempercepatkan usaha ke atasnya.

Menurut beliau, perbincangan dengan kepimpinan Malaysia adalah bermakna dan konstruktif, di mana kedua-dua pihak mengkaji keseluruhan rangkaian kerjasama dua hala.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan