Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan menyampaikan hadiah kepada pasukan Azam Kasihnya Warisan yang dinobatkan Raja Sungai, Pesta Regatta Batang Kayan 2024 di Lundu pada Ahad. Foto TVS

Regata Batang Kayan memperkasa sektor pelancongan serta sosioekonomi Lundu

LUNDU, 28 Julai: Penganjuran Regata Batang Kayan 2024 di Lundu mampu menjadi elemen untuk memperkasa sektor pelancongan serta sosioekonomi warga Lundu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, penganjuran regata tersebut telah  berjaya menarik kehadiran pelancong sama ada dari dalam dan luar negeri.

Ia sekali gus menjadi wadah bagi penduduk tempatan menambah sumber pendapatan menerusi aktiviti penjualan makanan, minuman serta hasil kraftangan tempatan kepada pengunjung yang bertandang ke Lundu.

“Saya berharap festival ini akan menjadi satu platform yang terbaik bagi rakyat, khususnya masyarakat yang berada di Lundu untuk mengetengahkan produk-produk tempatan mereka kepada masyarakat dari luar sebagai contoh produk kraf tangan yang diperbuat daripada kayu belian, manik, rotan atau produk hasil tani dan laut untuk dipromosikan dan diperkenalkan pada pengunjung-pengunjung yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Pesta Regatta Batang Kayan 2024 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pasukan Azam Kasihnya Warisan yang diwakili 30 pengkayuh lelaki, dinobatkan sebagai Raja Sungai Regata Batang Kayan 2024 setelah mengenepikan cabaran sembilan pasukan perahu bidar lain serta mencipta rekod baharu kejohanan dengan catatan masa tujuh minit 59 saat.

Selain membawa pulang Piala Kejuaraan Raja Sungai Batang Kayan, johan turut menerima hadiah wang tunai RM12,000.

Naib juara disandang oleh pasukan Buraq Terbang, sementara tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Cempaka Pantai Damai Binladen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan