Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni. Foto Akma Salleh (TVS)

RECODA tarik minat pelabur menerusi SPARK 2024

ByAkma Salleh

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) berjaya menarik minat pelabur pada acara Ekspo Pelaburan dan Taman Perindustrian Selangor (SPARK) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Ismawi Ismuni, memaklumkan beliau amat berpuas hati dengan acara tersebut kerana dalam tempoh tiga hari acara itu berjaya menarik sekitar 8,850 pengunjung.

“Acara tersebut merupakan sebahagian daripada siri pertama Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam mempromosikan Taman Perindustrian Samalaju (SIP).

“Selain itu, acara ini turut menyediakan platform yang efektif untuk meluaskan jaringan dan hubungan dengan para pemimpin industri, pelabur dan pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismawi berkata SPARK 2024 telah menjadi platform untuk RECODA mempamerkan potensi Taman Perindustrian Samalaju dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

“Interaksi sepanjang libat urus selama tiga hari itu mencerminkan minat yang mendalam para pelabur, berhubung landskap industri Sarawak. Malah kami juga teruja dengan prospek ini dan berharap untuk mewujudkan kerjasama dengan mereka (pelabur).

“Kami berharap dapat menyertai acara-acara akan datang dan terus mempromosikan peluang ekonomi yang dinamik di Sarawak,” katanya lagi.

Dalam masa sama, RECODA, menjangkakan kesemua maklum balas yang diterima ketika ekspo tersebut berlangsung akan membawa kepada pelaburan khususnya dari pelabur Asia Tenggara, seiring dengan misi berterusan RECODA untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Sarawak melalui pembangunan yang mampan dan inklusif.

Untuk rekod, sepanjang ekspo tiga hari itu, Taman Perindustrian Samalaju diberi tumpuan sebagai hab industri di Sarawak, untuk industri yang memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui.

Ia menawarkan infrastruktur bertaraf dunia, lokasi strategik dan persekitaran perniagaan yang kondusif, menjadikannya destinasi yang ideal untuk pelabur dan pengilang global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan