Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana "risiko letupan". Foto AFP

Pusat media Olimpik Paris ditutup sementara kerana ‘risiko letupan’

ByBernama

PARIS, 28 Julai: Polis Perancis menutup sementara kawasan sekitar pusat media pada Sabtu yang membantu wartawan membuat liputan Sukan Olimpik Paris kerana “risiko letupan”.

Wartawan dan orang awam telah dipindahkan dan punca risiko tidak didedahkan, lapor Agensi Anadolu.

Polis kemudiannya membuka semula kawasan itu kepada pejalan kaki dan akses ke dan dari pusat media kembali normal.

Perancis meningkatkan langkah keselamatan untuk mengelakkan sabotaj baharu pada laluan kereta api.

Menteri Pengangkutan Perancis Patrice Vergriete memberitahu saluran LCI bahawa selepas serangan khianat menggunakan api pada Jumaat beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik, keselamatan dan pengawasan rangkaian kereta api telah ditingkatkan.

Vergriete menyatakan bahawa lebih 1,000 pekerja dan 250 pegawai keselamatan telah dikerahkan untuk memantau rangkaian kereta api, dan helikopter gendarmerie serta 50 dron telah digerakkan.

Menurut beliau, pegawai menjangkakan gangguan kepada perkhidmatan kereta api pada Ahad dan operasi dijangka kembali normal bermula Sabtu.

Beliau berkata siasatan terhadap serangan itu sedang dijalankan dan pelaku masih belum dikenal pasti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan