Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka berhasrat untuk meneroka peluang lebih lanjut untuk meningkatkan dan memperluas hubungan dua hala ini, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan perdagangan dari Sri Lanka ke Malaysia. Foto hiasan: Envato

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka, KLSICCI bincang tingkatkan perdagangan, pelaburan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Marsyal Besar Udara (B) Sumangala Dias mengadakan kunjungan hormat yang penting dengan delegasi Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Selangor dan Kuala Lumpur (KLSICCI) pada 26 Julai, bertujuan untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan pelancongan dua hala.

Presiden KLSICCI Nivas Ragavan yang mengetuai delegasi 10 anggota dewan itu menekankan topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan termasuk peluang untuk meningkatkan perdagangan dan mengenal pasti sektor berpotensi bagi kerjasama antara Sri Lanka dan Malaysia.

Beliau berkata strategi untuk menarik pelaburan dan memupuk usaha niaga juga dibincangkan, di samping mekanisme untuk meningkatkan pelancongan melalui pertukaran budaya dan usaha pemasaran bersama.

“Perbincangan itu juga termasuk potensi untuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi antara kedua-dua negara. Perancangan telah dibuat untuk delegasi perdagangan timbal balik bagi meningkatkan rangkaian perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perkongsian,” menurutnya dalam kenyataan yang disediakan kepada Bernama.

Nivas menyatakan bahawa pertemuan itu menandakan langkah penting dalam memperdalam hubungan ekonomi antara Sri Lanka dan Malaysia, membuka ruang baharu untuk kerjasama.

Beliau berkata semasa pertemuan itu, pesuruhjaya tinggi menekankan hubungan perdagangan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara, dengan perdagangan menghampiri US$1 bilion dan Malaysia menikmati lebihan imbangan perdagangan lebih 95 peratus.

“Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka berhasrat untuk meneroka peluang lebih lanjut untuk meningkatkan dan memperluas hubungan dua hala ini, dengan tumpuan khusus untuk meningkatkan perdagangan dari Sri Lanka ke Malaysia,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan