Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh yang berada di India bagi mendapatkan pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.

Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO julang nama Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Jul: Pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengangkat nama Sarawak ke persada dunia.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh menzahirkan rasa gembira dan bangga sambil berkata pengiktirafan itu membawa sinar kepada industri pelancongan sekali gus menekankan kepentingan terhadap budaya, sejarah dan ekologi.

“Kami telah meluangkan masa yang banyak dan datang dengan mandat yang kuat daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Warisan Negara dan Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris dan penduduk Niah yang menjadikan hasrat ini menjadi nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO ke-46 di New Delhi, India semalam.

Ujarnya, pengiktirafan berprestij itu dijangka meningkatkan usaha pemuliharaan, menggalakkan pelancongan mampan, dan memupuk kerjasama antarabangsa yang lebih besar dalam pemuliharaan warisan taman yang tidak ternilai.

Taman Negara Niah terkenal dengan terkenal dengan kepentingan arkeologinya terutama Gua Niah dan tapak warisan bersejarah itu mempunyai beberapa bukti terawal penempatan manusia di Asia Tenggara dipercayai sejak 50,000 tahun dahulu.

Pengiktrafan ini menjadikan Sarawak mempunyai dua tapak warisan dunia oleh UNESCO, selepas Taman Negara Mulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan