Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Persatuan Teochew Sim Clan di Kuching, malam ini. Foto TVS

Pengajian kursus baharu bantu Sarawak bergelar negeri berteknologi tinggi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Julai: Anak Sarawak diminta menyambung pengajian dalam jurusan baharu melibatkan teknologi selari dengan keperluan dunia masa kini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyertaan lebih ramai anak Sarawak dalam pengajian kursus baharu melibatkan teknologi diyakini membantu Sarawak bergelar negeri berteknologi tinggi pada masa akan datang.

Mengambil contoh, kursus kejuruteraan aeroangkasa yang akan ditawarkan Kerajaan Sarawak di Kolej Universiti i-CATS, Abang Johari berkata setiap anak Sarawak perlu memanfaatkan kesempatan itu dengan menceburinya.

“Semalam saya mengumumkan i-Cats menawarkan program aeroangkasa dengan ia sudah pun menerima kelulusan dari Kementerian Pendidikan Tinggi, ia merupakan kursus berkaitan dengan teknologi melibatkan cip dan komponen kapal terbang.

“Ini adalah sesuatu yang baru, kita (Kerajaan Sarawak) mahu semua anak Sarawak belajar dalam bidang baru ini untuk membangunkan Sarawak sebagai negeri berteknologi tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Teochew Sim Clan di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Presiden Persatuan Sim Clan Malaysia, Sim Moh Khian.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pendidikan merupakan kaedah terbaik untuk rakyat di negeri ini meningkatkan taraf sosioekonomi.

Sehubungan itu, beliau mahu anak Sarawak mengambil serius akan perkara itu dengan memanfaatkan peluang dan ruang yang disediakan kerajaan negeri.

“Kalau kita mahu keluar dari kemiskinan, jawapannya tidak lain ialah menerusi pendidikan. Apabila anak kita pandai, mereka kemudian akan menyumbang kepada masyarakat,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan