Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersalaman dengan hadirin pada Majlis Makan Malam Persatuan Teochew Sim Clan di Kuching, malam ini. Foto UKAS

Pembangunan kawasan padi utara Sarawak dijangka hasilkan 200,000 tan metrik beras

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Julai: Rancangan pembangunan kawasan padi di bahagian utara Sarawak dijangka akan menghasilkan kira-kira 200,000 tan metrik beras setahun.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah itu mampu dihasilkan susulan keberkesanan penggunaan teknologi yang telah dicuba di kawasan Lubok Punggor yang memperlihatkan hasil positif.

“Kita memerlukan keterjaminan makanan dengan Sarawak menyasarkan pengeluaran sebanyak 240,000 tan metrik beras pada 2030.

“Kita (Kerajaan Sarawak) membangunkan kawasan padi di bahagian utara negeri ini iaitu melibatkan Limbang, Lawas dan Miri dengan kemungkinan kita boleh menambah 200,000 tan metrik lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Teochew Sim Clan di sini, malam ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Presiden Persatuan Sim Clan Malaysia, Sim Moh Khian.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pihaknya turut memberi fokus terhadap bahagian lain menerusi peruntukan RM500 juta bakal diberikan pada tahun hadapan melibatkan kawasan Kuching sehingga ke Stumbin.

“Tahun hadapan kita salurkan RM500 juta untuk sistem pengairan dari Lundu, Kuching, Simunjan, Sri Aman, Lingga dan Stumbin dengan anggaran keluasan sekitar 10,000 hektar,” katanya.

Untuk rekod, Kerajaan Sarawak sebelum ini dilaporkan memerlukan RM1 bilion bagi menjadikan negeri ini sebagai Jelapang Padi dengan membangunkan sekurangnya 5,000 hektar tanah dari selatan hingga utara – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan