Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan. Foto AFP

Olimpik 2024: Perenang kecam pengangkutan ke kolam renang ‘kelam -kabut’

ByBernama

PARIS, 28 Julai: Kesukaran pengangkutan di venue renang Sukan Olimpik di Paris telah mendapat kritikan meluas pada hari pertama pertandingan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Pengangkutan tidak seperti yang sepatutnya beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya agak kelam-kabut,” kata Juara Dunia 100 meter gaya kupu-kupu dari Jerman, Angelina Köhler, kepada pemberita pada Sabtu selepas menghadapi masalah semasa latihan.

Dia berkata beberapa perenang terpaksa duduk di atas lantai bas.

“Itulah sebabnya kadang-kadang agak sukar. Tetapi semua orang mempunyai masalah itu. Jadi, kita akan lihat bagaimana keadaan seterusnya,” kata Köhler.

Menurut laporan dalam Korea Times, perenang dari Korea Selatan telah meninggalkan Perkampungan Olimpik untuk tinggal lebih dekat dengan Arena La Défense kerana masalah pengangkutan.

Perenang gaya bebas Jerman, Isabel Gose, percaya perkhidmatan bas ulang-alik akan semakin baik.

“Ia agak kelam-kabut. Ia memang satu masalah. Tidak berfungsi langsung. Tetapi saya rasa mereka akan membetulkannya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan