Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak. Foto hiasan: Envato

MINDEF siasat dakwaan kehadiran CCG di perairan Beting Patinggi Ali

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Julai: Kementerian Pertahanan (Mindef) akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini bagi memastikan sama ada kapal negara asing itu benar-benar berlabuh di kawasan berkenaan atau hanya sekadar melalui lokasi tersebut.

“Rondaan dilakukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia… Perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan ini adalah perairan bebas laluan.

“Jadi, dia dianggap sebagai menjejaskan kedaulatan kita kalau bot itu berhenti. Kalau bot lalu kita tidak boleh buat apa-apa, itu undang-undang laut antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kehadiran CCG yang menyukarkan nelayan dan pemancing di Miri, Sarawak untuk turun ke laut kerana khuatir diganggu CCG.

Kerajaan sebelum ini menegaskan Beting Patinggi Ali adalah milik Malaysia dan tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak lain memandangkan ia di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.

Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika atau 155 kilometer dari pantai Miri dengan secara spesifiknya di Tanjung Baram, Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan