Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Keputusan perlawanan dengan Perak FC akan dikaji dengan lebih mendalam dan jika ada yang memerlukan tindakan drastik, maka pengurusan KDNFC akan mengambil langkah yang lebih tegas demi bola sepak Kelantan. Foto: Bernama

Liga Super: KDNFC bakal lakukan perubahan drastik, fahami keluhan peminat

ByBernama

KOTA BHARU, 28 Julai: Kelantan Darul Naim (KDNFC) bakal melakukan beberapa perubahan dan tindakan drastik sebelum perlawanan seterusnya dan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka September ini.

Presidennya Rozi Muhamad berkata pihaknya akan melakukan perubahan itu dengan kadar segera, selain memahami keluhan penyokong susulan kekalahan terbaharu kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Jumaat lepas.

“Keputusan perlawanan dengan Perak FC akan dikaji dengan lebih mendalam dan jika ada yang memerlukan tindakan drastik, maka pengurusan KDNFC akan mengambil langkah yang lebih tegas demi bola sepak Kelantan.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan sebagai usaha yang terpaksa dilakukan, saya berjanji akan mengubah beberapa perkara sebelum perlawanan seterusnya Liga Super pada Ogos ini dan juga perubahan besar pada jendela perpindahan kedua dibuka bulan September nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KDNFC ketika ini berada di kedudukan ke-12 daripada 13 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini dengan meraih tiga mata selepas empat perlawanan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan