Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairunnisa (kiri) dan Izzati ditemui TVS di Kembara RIUH OOHA! di tempat letak kereta, Stadium Negeri, Kuching, hari ini. Foto Jazni Hanif (TVS)

Kembara RIUH OOHA! bantu jana pendapatan usahawan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 28 Jul: Kembara RIUH OOHA! berjaya membantu usahawan muda Sarawak menjana pendapatan dan mempromosikan produk.

Izzati Sarbini usahawan dari Mantra Collections yang menjual pakaian berkata acara tersebut membolehkan produk yang diihasilkan dikenali ramai.

“Mantra Collections sudah dikenali ramai namun selepas penglibatan dalam Kembara RIUH OOHA! ini, Mantra Collections semakin mendapat perhatian dan dari segi jualan amat memuaskan,” katanya kepada TVS pada Kembara RIUH OOHA! di tempat letak kereta, Stadium Negeri di sini, hari ini.

Berkongsi pandangan yang sama, usahawan makanan Chop Chop Company, Khairunnisa Nas berkata penglibatan dalam Kembara RIUH OOHA! ini membantu ramai mula mengenali lokasi kedai fizikal Chop Chop Company.

“Kami cuba melakukan promosi di media sosial namun ia bergerak perlahan dan dengan penglibatan ini ia membantu kami dikenali dan merancakkan ekonomi Chop Chop Company,” katanya.

Dalam masa sama, Pengurus Projek Kembara RIUH OOHA!, Adam Rasyid berkata keunikan program yang dibawa ke Sarawak ini turut menampilkan bengkel seni bagi generasi muda.

“Kami bukan sahaja menyajikan konsert dan gerai makanan tetapi ada beberapa bengkel industri kreatif yang kami tampilkan.

“Kita juga menampilkan sesi Mobile Legends Bang Bang untuk anak muda ini,” katanya ketika ditemubual TVS ketika Kembara RIUH OOHA! di tempat letak kereta, Stadium Negeri, Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, Kembara RIUH OOHA! akan diteruskan di Sabah bermula 14 hingga 16 September bersempena sambutan Hari Malaysia.

Untuk rekod, Kembara RIUH OOHA anjuran Kementerian Komunikasi dan Mycreative Venture bersama Mobile Legend Bang Bang ini merupakan Kembara Riuh pertama di Sarawak.

Sejak 2022, Kembara Riuh telah menyediakan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan memberi impak kepada 4,000 artis dan industri kreatif sekali gus menjana pendapatan usahawan sebanyak RM3 juta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan