Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis U Mobile Store di Vivacity Megamall, Kuching yang dirasmikan pada Sabtu. Foto TVS

Kedai U Mobile kini di Vivacity Megamall

KUCHING, 28 Julai: Kedai U Mobile dilancarkan secara rasmi buat julung kalinya di Sarawak bagi menyediakan perkhidmatan fizikal bertempat di Vivacity Megamall.

Terdapat pelbagai inisiatif yang dilancarkan di Sarawak sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap penduduk negeri tersebut.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Navin Manian berkata liputan populasi pengguna telah meningkat dengan menjadikan liputan populasi semasa di Sarawak melebihi 81 peratus atas faktor peningkatan usaha pihaknya dengan meningkatkan jumlah tapak di Sarawak lebih dari 60 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lepas.

“U Mobile sejak satu hingga dua tahun lepas, kami secara agresif membangunkan rangkaian kami di Sabah Sarawak iaitu di Sarawak kini liputan kami melebihi 81 peratus.

“Maka bersamaan dengan itu pada bulan Disember tahun lepas kami juga melancarkan penuh produk baru kami khusus untuk masyarakat borneo,” katanya ketika ditemui pemberita ketika perasmian U Mobile Store di Vivacity Megamall di sini, semalam.

U Mobile pada masa ini menawarkan pelan prabayar bermula dari RM15 manakala pelan pasca bayar pula bermula dari RM28.

Pelanggan yang pertama kali mendaftar untuk peranti yang dipaketkan dengan U Postpaid Borneo 68, U Postpaid 68 atau U Postpaid 98 akan layak menerima rebat sehingga RM120 serta hadiah percuma, tertakluk kepada stok yang ada.

Promosi tersebut bermula dari 26 Julai 2024 dan hanya untuk pelanggan yang terawal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan