Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gua Niah, Miri diwartakan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia oleh UNESCO. Foto Sosial media

Dua Tapak Warisan Dunia di Sarawak, pencapaian yang wajar dibanggakan

KUCHING, 28 Julai: Rakyat Sarawak wajar berbangga apabila kini terdapat dua Tapak Warisan Dunia diiktiraf Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di wilayah ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak kini memiliki Taman Negara Niah yang baharu semalam diumumkan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia dan sebelum ini Taman Negara Mulu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johar Tun Openg pada sidang media sempena Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

“Tidak pernah sesebuah negeri di Malaysia mempunyai dua Tapak Warisan UNESCO dan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan buat Sarawak dari segi alam semula jadi (Taman Negara Gunung Mulu) dan budaya (Taman Negara Niah),” katanya pada sidang media sempena Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaannya atas kejayaan Taman Negara Gua Niah memperolehi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Penghargaan itu ditujukan kepada semua pihak yang bersungguh-sungguh menjayakan misi melakarkan nama Sarawak di persada antarabangsa.

Datuk Len Talif Salleh yang berada di India bagi mendapatkan pengiktirafan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO.

Semalam, berita gembira itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh kepada Abang Johari yang mewakili Sarawak ke mesyuarat di India.

Susulan daripada pengumuman itu, beliau berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk membawa lebih ramai pelancong ke tapak warisan yang menerima pengiktirafan UNESCO itu.

Menurutnya, pencapaian yang membanggakan Sarawak juga adalah pengiktirafan bandar Kuching sebagai tapak Sarawak Delta Geopark (SDGp) dan akan terus memperkasakan ekonomi di kawasan berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan