Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah korban warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,324 kematian. Foto AFP

Angka korban di Gaza meningkat kepada 39,324 dan 90,830 cedera

ByBernama

GAZA, 28 Julai: Tentera Israel telah melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 66 warga Palestin terbunuh dan 241 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa jumlah korban warga Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 39,324 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 90,830 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau berselerakan di jalan raya di seluruh kawasan konflik, kerana pasukan tenteta Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan