Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS diberi tempoh tiga bulan mencapai resolusi bersama dengan PETROS berkaitan urusan pengagihan gas di Sarawak. Foto fail Bernama

Agregator gas: PETRONAS diberi tempoh tiga bulan bincang dengan PETROS

KUCHING, 28 Julai: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mempunyai masa tiga bulan sehingga Oktober tahun ini untuk mencapai resolusi bersama dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berkaitan urusan pengagihan gas di Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana pihak PETRONAS mahu membincangkan lebih lanjut mengenai saluran gas asli cecair (LNG) di wilayah ini.

“Memang benar mereka meminta Kerajaan Sarawak untuk menangguhkan daripada 1 Julai lepas dan kita memberi mereka tempoh masa tiga bulan sahaja. Perbincangan itu mesti diselesaikan Oktober ini.

“Kalau tidak, Kerajaan Sarawak akan menjalankan kawal selia pengagihan gas dan rata-rata syarikat industri minyak dan gas seperti PTT Exploration and Production Public Company Limited (PTTEP), Mubadala dan syarikat ExxonMobil juga telah menyatakan minat mereka untuk melabur di Sarawak,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan PETRONAS dalam satu artikel pada Jumaat lepas bahawa PETRONAS kini sedang berbincang dengan PETROS untuk mencapai resolusi bersama mengenai pengagihan gas di Sarawak.

Artikel itu menyatakan perbincangan itu menekankan kepentingan semua pihak termasuk mengakui kekangan antara satu sama lain untuk mencapai hasil bersama. PETRONAS akan terus menjadi rakan strategik kepada Sarawak untuk mengekalkan iklim pelaburan yang berkembang maju dan kondusif di Malaysia.

Abang Johari berkata lagi, PETROS telah diberi kuasa untuk mengeluar lesen kepada pelabur yang mahu menanam modal di wilayah ini.

Baru-baru ini, RHB Investment Bank Bhd dalam satu nota penyelidikan berkata PETRONAS dijangka kehilangan sebahagian daripada hasil kerana tidak lagi menjadi agregator gas tunggal di Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan