Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bendera Ibu Pertiwi yang megah berkibar di Dataran Pertiwi, Kuching. Foto fail

Abang Johari menyempurnakan Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi

KUCHING, 28 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menyempurnakan Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini.

Majlis itu dimulakan dengan Pemeriksaan Pasukan Kawalan Kehormatan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang disaksikan oleh Abang Johari sejurus beliau tiba pada 8.30 pagi.

Bendera Ibu Pertiwi yang megah berkibar di Dataran Ibu Pertiwi, Kuching. Foto fail TVS

Ia disusuli dengan nyanyian lagu kebesaran Sarawak ‘Ibu Pertiwiku’ oleh pancaragam DBKU.

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian serta Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar juga barisan Kabinet Sarawak.

DBKU menerusi kenyataan berkata majlis itu diadakan bertujuan memastikan penukaran dan pengibaran Bendera Ibu Pertiwi dilakukan dalam keadaan tertib dan dengan cara yang sopan.

Selepas majlis rasmi pada hari ini,  upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi akan diadakan sebulan sekali.

Ia akan diadakan pada minggu pertama pada setiap bulan semasa acara Kuching Car Free Morning berlangsung.

“Dengan adanya mercu tanda baharu iaitu Bendera Ibu Pertiwi, Dataran Ibu Pertiwi kini menjadi lokasi tumpuan untuk aktiviti riadah, berjalan santai serta menikmati pemandangan di sekitar dataran yang serba moden dan menarik,” kata kenyataan itu.

Bendera Ibu Pertiwi yang berkibar medah di Dataran Ibu Pertiwi merupakan simbol kebanggaan dan kedaulatan Sarawak.

Ia juga melambangkan perpaduan serta toleransi antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

Bendera Ibu Pertiwi sepanjang 25 meter dan selebar 12.5 meter adalah antara mercu tanda utama Kuching, susulan tiang benderanya setinggi 99 meter merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara serta dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Dataran Ibu Pertiwi dirasmikan Abang Johari pada 31 Disember 2023.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan