Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama para penerima dana pada Majlis Perasmian Showcase Usahawan Sarawak 2024 di Miri, hari ini. Foto TVS semasa penyerahan cek kepada penerima. Foto TVS

Usahawan digesa mohon sijil halal, permintaan tinggi sektor makanan halal

MIRI, 27 Julai: Para usahawan disaran agar mempunyai sijil halal pada produk makanan dan perkhidmatan yang dihasilkan mereka.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini kerana terdapat permintaan tinggi untuk sektor makanan halal.

“Kita mahu mereka faham tentang kepentingan mendapatkan sijil halal, terutamanya mereka yang terlibat dalam sektor makanan, pembuatan dan perkhidmatan.

“Ini penting kerana sektor halal menawarkan pasaran yang besar selain sektor yang lain,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Showcase Usahawan Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Beliau berharap usahawan bumiputera lain turut memohon sijil halal kerana setakat ini, kebanyakan syarikat yang memohon untuk sijil halal merupakan dalam kalangan bukan bumiputera.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan (MINTRED) berkata Kerajaan Sarawak akan terus komited dalam menyokong perkembangan usahawan tempatan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi melalui pelbagai inisiatif dan program pembangunan usahawan.

Program ini dijalankan selama empat hari bermula 25 sehingga 28 Julai dengan penglibatan dari 204 usahawan dari setiap bahagian di Sarawak.

Objektif program ini sebagai platform meluaskan rantaian perniagaan dan mempromosi produk dan perkhidmatan usahawan Sarawak, khususnya yang unik dan halal ke peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Pada majlis itu, Awang Tengah turut menyampaikan cek berjumlah RM999,000 kepada penerima bantuan kewangan dari kawasan Miri bagi program Graduan ke Arah Keusahawanan (GERAK), program Skim Pinjaman Industri Kecil Dan Sederhana (SPIKS), program Go Digital dan program Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan