Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Penangguhan Pesta Nukenen dan Kebudayaan Kelabit Bario di Bario, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

RM27 juta untuk naik taraf Lapangan Terbang Bario

ByConnie Grace

BARIO, 27 Julai: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengumumkan pelaksanaan projek naik taraf Lapangan Terbang Bario.

Menurutnya, projek bernilai RM27 juta itu kini sedang dalam proses tender oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak dan beliau berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Penggunaan pesawat Twin Otter yang digunakan buat masa ini tidak mampu menampung permintaan pelawat ke Bario,” katanya ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Nukenen dan Kebudayaan Kelabit Bario di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata cadangan pembinaan jalan menghubungkan Bario dan Long Banga kini dalam peringkat kajian pelaksanaan.

“Selesai sahaja kajian ini, aspek yang melibatkan perbelanjaan dan reka bentuk akan saya masukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan