Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata REDEEMS bakal menjadi venue Pesta Kebudayaan berskala besar. Foto TVS

REDEEMS dicadang sebagai venue pesta kebudayaan

ByHafeezzur Muzamir

BAU, 27 Julai: Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) bakal menjadi venue pesta kebudayaan berskala besar pada masa akan datang, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu menegaskan, kerajaan Sarawak menyatakan sokongan penuh ke arah merealisasikan rancangan itu memandangkan REDEEMS mempunyai infrastruktur yang sesuai.

“REDEEMS akan menjadi pusat kebudayaan di Bau memandangkan ia dilengkapi dengan pentas yang besar dan rumah panjang. Oleh itu saya menyokong cadangan untuk menubuhkan pesta kebudayaan di kawasan REDEEMS.

“Saya akan mengarahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah untuk merealisasikan cadangan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Gawai Carnival Redeems 2024 (GCR 2024) di Kampung Budaya Bidyuh REEDEMS, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau telah mengarahkan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk menaik taraf  infrastruktur di REDEEMS.

Menurutnya, ia termasuk meluluskan peruntukan untuk memasang penghawa dingin yang akan ditender pada November depan.

“Saya juga meluluskan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) lebih RM1 juta bagi projek membina tempat letak kereta yang lebih kondusif di REDEEM,” katanya.

Abang Johari menjelaskan, peruntukan tersebut akan disalurkan oleh Kerajaan Sarawak kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep untuk diuruskan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan